
PENDAMAI BUSINESS COUNCIL
PENDAMAI Business Council, PBC bertanggungjawab memastikan agar semua urusan perniagaan, kerjasama industri dan rangkaian prasarana ahli-ahlinya berkembang dengan pesat. PBC juga bertanggungjawab menyediakan rangkaian bersepadu untuk semua ahlinya dalam menjalin kerjasama ekonomi dua hala disamping bertindak sebagai satu badan untuk mencari dan membuka ruang perniagaan kepada ALUMNI. PBC mengkaji dasar kerjasama antara syarikat ALUMNI sesama mereka dan juga di antara syarikat ALUMNI dan syarikat, firma atau perusahaan swasta yang ingin bekerjasama dalam memantapkan lagi ekonomi kedua-dua belah pihak. Keahlian PBC hanya terbuka kepada ahli ALUMNI yang telah mempunyai syarikat, firma atau perusahaan samada milikan tunggal, Sdn Bhd atau koperasi berdaftar. Bagi ahli-ahli ALUMNI yang ingin berniaga atau ingin melebarkan sayap perniagaan digalakkan menyertai PBC. PBC bertindak melindungi kepentingan ahlinya melalui:
Ahli PBC boleh menggunakan khidmat guaman PENDAMAI dalam memeterai mana-mana perjanjian persefahaman, ekonomi dan kerjasama.
PBC bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab menyediakan tapak perniagaan, lesen perniagaan secara kecil-kecilan kepada ahlinya.
- Meningkatkan Rangkaian Kerjasama Anggotanya:
PBC akan menganjurkan Majlis Makan Malam dalam menemukan ahli-ahlinya di hotel-hotel terkemuka ibu kota bagi memantapkan lagi kerjasama ekonomi dan persaudaraan di samping mengumpul dana tabung PENDAMAI Malaysia. Pengaruh media cetak, radio dan televisyen akan turut serta dalam Majlis ini bertujuan mempromosi nama syarikat, firma dan perusahaan yang turut sama membantu PBC meningkatkan prestasi perniagaan ALUMNI. Majlis makan malam ini akan diadakan dua tahun sekali iaitu pada bulan Jun dan Disember.
- Meningkatkan Pengetahuan Perniagaan
PBC akan menyalurkan maklumat-maklumat, cara meningkatkan prasarana, mutu dan pemasaran produk atau servis kepada ahlinya melalui seminar-seminar, kursus keusahawanan dan tea-talk yang dianjurkan dari semasa ke semasa. Maklumat mengenai kursus-kursus keusahawanan akan dipaparkan di bahagian ini
KEAHLIAN
Mengapa ANDA Harus Menjadi AHLI PBC?
- Rantaian dan jaringan perniagaan yang efisyen dan dinamik
- Sokongan yang menyeluruh dalam menitiberatkan keperluan ahli
- Objektif yang jelas dan fokus terhadap matlamat PBC
- Penglibatan agensi-agensi kerajaan yang membantu ahli PBC
- Kerjasama erat dengan institusi kewangan Malaysia
- Sokongan teknologi maklumat terkini
- Aktiviti terancang yang berterusan
- Ahli bergerak aktif dan menyokong setiap kegiatan PBC
- Pembaharuan dilakukan dalam PBC dalam meningkatkan mutu sokongan kepada ahli
- Interaksi berkesan dengan pegawai kerajaan dan koperasi swasta
- Kesungguhan semua pihak terlibat dalam menjayakan peranan PBC
JENIS-JENIS KEAHLIAN
Ahli Biasa
Warganegara Malaysia dan ahli ALUMNI yang menjalankan perniagaan sebagai tuan punya tunggal atau punya bersama di dalam sesuatu firma yang berdaftar di bawah akta Pendaftaran Perniagaan 1956 di Malaysia.
Ahli Bergabung
Ahli bergabung adalah terdiri dari mana-mana persatuan, badan atau pertubuhan sama ada di peringkat Negeri atau Kebangsaan yang suka berkerjasama dengan persatuan samaada diperingkat negeri atau kebangsaan.
Ahli Kehormat
Ahli kehormat adalah mana-mana orang peseorangan yang difikirkan dan dianggap munasabah dan layak menjadi Ahli Kehormat oleh Ahli Jawatankuasa. Ahli Kehormat boleh dilantik dari mana-mana pertubuhan, badan kerajaan, swasta serta tidak semestinya seorang ahli perniagaan.
Kempen Penambahan Ahli
Kami mengalu-alukan pendaftaran ahli baru. Jika anda berminat meluaskan rangkaian atau jika anda pasti ahli ALUMNI yang berkecenderungan dan berpotensi untuk dicadangkan, sila hantarkan dokumen dibawah beserta borang pendaftaran PBC. Keahlian adalah percuma.
- Untuk perniagaan persendirian / perkongsian (ROB)
Salinan sijil pendaftaran perniagaan yang disahkan oleh ROB atau Persuruhanjaya Sumpah
- Untuk Syarikat Sendirian Berhad / Berhad (ROC)
Memorandum dan artikle of Association, Salinan borang 49 dan 24 yang disahkan
- Salinan Kad Pengenalan
Sila muat turun borang pendaftaran PBC disini .
Hantar borang pendaftaran beserta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :-
PENDAMAI Business Council
PENDAMAI Malaysia
Ground Floor, Bangunan Persekutuan,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
|