
Centers
IMS
Latarbelakang
Pengwujudan IMS adalah untuk menyediakan prasarana dan keperluan pengkomputeran PENDAMAI. IMS telah mempertingkatkan strategi keseluruhan teknologi maklumat PENDAMAI serta mengubahsuai struktur organisasinya mengikut fungsi agar memenuhi keperluan pentadbiran yang menawarkan keanjalan dan keserasian yang dinamik.
Penyusunan semula struktur IMS melibatkan pengwujudan tiga (3) Jabatan besar yang mencerminkan tiga fungsi utama dan juga Bahagian Pentadbiran yang menyokong kepada kesemua aktiviti IMS seperti berikut :
Wawasan
Pembangunan sistem-sistem bersepadu yang mampu menyerap amalan kerja yang baik ke dalam teknologi moden akan memberi kelebihan saingan kepada penggunanya.
Misi
Mempertingkatkan pengurusan infrastruktur pentadbiran elektronik dengan teknologi ICT terkini dan memantapkan sistem pentadbiran agar mencapai kecemerlangan misi serta objektif yang dituju.
Visi
Merealisasikan keupayaan dan kepakaran yang berterusan berteraskan penyelesaian menyeluruh melalui penerapan nilai-nilai murni dan etika dengan teknologi moden dalam membangunkan sistem maklumat yang bersepadu.
Peranan IMS
- Menyediakan strategi Teknologi Maklumat berdasarkan keperluan pengguna dan sejajar dengan strategi PENDAMAI.
- Merangka dan melaksanakan plan tindakan jangka panjang 5 tahun yang dinamik berdasarkan kepada perancangan Strategik Teknologi Maklumat.
- Menyediakan penjadualan untuk pembelian dan penghantaran peralatan komputer berdasarkan kepada perancangan keperluan untuk tahun semasa tertakluk kepada peruntukan kewangan yang sedia ada..
- Menyatukan dan membangunkan pelbagai teknologi dan seterusnya melaksanakan projek pembangunan untuk sistem-sistem pentadbiran yang lebih mantap dan berkualiti.
- Menerokai dan membangunkan bidang-bidang baru teknologi maklumat mengikut kesesuaian dan keperluan PENDAMAI serta dasar ICT negara.
- Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan penyelengaraan yang optimum bagi memastikan semua sistem-sistem aplikasi dan peralatan komputer sentiasa berfungsi dengan sempurna.
- Menyediakan peluang bagi latihan berterusan berhubung dengan teknologi maklumat terkini kepada semua ALUMNI dan luaran dengan tujuan meningkatkan tahap profesionalisma dan kualiti kerja selaras dengan proses baru pentadbiran dan pengurusan.
Pentadbiran
Bahagian Pentadbiran IMS merupakan Bahagian yang menyokong kepada peranan IMS itu sendiri. Bahagian ini akan memberikan perkhidmatan sokongan yang padu kepada Bahagian-Bahagian dalam IMS melalui perancangan yang mantap, serta pengurusan sumber manusia dan kewangan yang cekap dan berkesan.
Peranan/Fungsi Bahagian Pentadbiran IMS adalah:
- Merancang dan mengurus keperluan sumber manusia dan hal ehwal pentadbiran IMS.
- Merancang, mengurus dan mengawal hal ehwal Kewangan IMS
- Mengurus perolehan perkakasan dan perisian komputer PENDAMAI.
Sebagai Sekretariat Jawatankuasa Pembangunan & Penyelidikan ICT.
Unit Kewangan
Peranan Unit ini adalah seperti berikut :
- Menguruskan peruntukan pengurusan IMS
- Mengurus perolehan barangan (bukan ICT) melalui sebut harga runcit dan sebut harga rasmi .
- Menyediakan semua dokumen bagi tujuan bayaran dengan Zon Kewangan
- Menyelaras penyediaan bajet IMS.
- Memantau data /maklumat inventori peralatan di bawah kod harta IMS
Unit Perolehan (Peralatan ICT)
Peranan Unit ini adalah seperti berikut :
- Menguruskan pembelian melalui tender atau sebut harga rasmi bagi perolehan peralatan ICT.
- Menyelaras permohonan keperluan peralatan ICT dari PENDAMAI Negeri
- Berurusan dengan pemohon dan syarikat –syarikat pembekal mengenai pembelian peralatan ICT.
- Menguruskan pengagihan peralatan ICT.
- Sekretariat kepada JPP ICT bagi mendapatkan pengesahan spesifikasi teknikal peralatan ICT.
Unit Latihan ICT
Peranan Unit ini adalah seperti berikut :
- Mengenal pasti keperluan latihan bagi pengendali IMS
- Mengenal pasti dan mencadangkan tenaga pengajar dan fasilitator dikalangan pengedali IMS untuk pengendalian latihan/kursus.
- Menyelaras pengendalian latihan/kursus anjuran IMS dan latihan/kursus komputer dengan ALUMNI
Jabatan
1.jabatan perancangan dan koloboratif ICT
Jabatan Perancangan & Kolaboratif ICT bertanggungjawab terhadap semua perancangan strategik ICT PENDAMAI dan memastikan perancangan yang ditetapkan direalisasikan secara optimum dan berkesan. Jabatan ini juga bertanggungjawab terhadap business process re-engineering bagi merealisasikan e-pentadbiran dalam sistem pengurusan PENDAMAI selain memberikan perkhidmatan perundingan dalam perkhidmatan web hosting, reka bentuk serta selenggaraan laman web.
Terdapat dua (2) Bahagian dalam Jabatan Perancangan & Kolaboratif ICT iaitu :
- Bahagian Perancangan dan Pengurusan Strategik ICT
- Bahagian Komunikasi & Kolaboratif ICT
Peranan Bahagian Perancangan dan Pengurusan Strategik ICT
- Melaksanakan perancangan strategik ICT
- Memastikan pelaksanaan perancangan strategik ICT selari dengan perkembangan teknologi semasa, halatuju ICT PENDAMAI dan halatuju ICT negara.
- Menyelaras perancangan serta pengurusan strategik ICT PENDAMAI
- Membantu menggubal Polisi ICT PENDAMAI.
- Megendalikan kajian serta penyelidikan dalam bidang ICT termasuk perkakasan dan perisian yang bersesuaian bagi kegunaan universiti.
- Mengenengahkan metodologi piawai serta kriteria pengukuhan dalam projek ICT.
Terdapat empat(4) Unit di bawah Bahagian Perancangan dan Pengurusan Strategik ICT iaitu:-
- Unit Perancangan dan Pengurusan ICT
- Unit Penyelidikan ICT
- Unit Piawaian & Kualiti ICT
- Unit Penyelarasan Projek ICT
Unit Perancangan dan Pengurusan ICT
Peranan Unit ini adalah seperti berikut :-
- Menyelaras dan memantau perancangan strategik ICT PENDAMAI
- Merencana dan mengemukakan pelan pelaksanaan perancangan strategik ICT
- Menyelaras dan menyeragamkan keperluan –keperluan ICT bagi seluruh sistem PENDAMAI
- Memastikan prosuder perolehan perkakasan, perisian serta lain-lain keperluan ICT dipatuhi oleh semua pengguna berdaftar PENDAMAI
Unit Penyelidikan ICT
Peranan Unit ini adalah seperti berikut :
- Membuat penyelidikan secara berterusan mengenai teknologi terkini dan mengemukakan cadangan mengenai teknologi yang bersesuaian dengan keperluan PENDAMAI.
- Membangunkan teknologi Open Source
- Mengkaji dan mengusahakan pemodenan serta penambahbaikan teknologi yang sedia ada.
- Memperkayakan sistem legacy yang sedia ada.
Unit Piawaian dan Kualiti ICT
Peranan Unit ini adalah seperti berikut :
- Mewujudkan satu pangkalan pengetahuan untuk menjelaskan bagaimana fungsi sesuatu perniagaan, proses kerja dan sistem maklumat saling berkait.
- Mengenengahkan beberapa metodologi, piawai serta kriteria pengukuran dalam projek-projek ICT.
- Membantu menggubal dasar atau Polisi ICT PENDAMAI untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Penilaian dan Penggunaan Komputer (JPPK)
- Mengkaji dan mengusahakan pemodenan serta penambahbaikan teknologi yang sedia ada.
Unit Penyelarasan Projek ICT
Peranan Unit ini adalah seperti berikut :
- Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan bagi setiap projek berdasarkan kriteria, objektif dan subjektif.
- Memastikan projek-projek dalaman dan outsourced menepati tahap kualiti yang ditetapkan.
- Menyediakan sumber-sumber yang diperlukan bagi menyokong pembangunan disetiap peringkat projek.
- Memastikan jabatan mempunyai maklumat terkini berkenaan ketersediaan sumber dan kemahiran.
- Menjejak dan melaporkan kemajuan dan kejayaan projek secara terbuka.
- Menyediakan ruangan maklum balas bagi projek-projek masa hadapan berdasarkan kejayaan dan kegagalan projek-projek lampau.
- Menawarkan perkhidmatan outreach untuk membantu meneruskan projek-projek yang tergendala/bermasalah.
Peranan Bahagian Bahagian Kolaborasi dan Komunikasi
Membangunkan sistem komunikasi eletronik yang canggih dan terkini.
- Membangun dan menyeragamkan sistem pengurusan dokumen eletronik PENDAMAI
- Menyelaras pembangunan Laman Web PENDAMAI
Terdapat tiga (3) Unit di bawah Bahagian Kolaborasi dan Komunikasi seperti berikut :
- Unit Komunikasi Elektronik
- Unit Dokumen Elektronik
- Unit Perkhidmatan Web & Hosting
Unit Komunikasi Elektronik
Peranan Unit ini adalah seperti berikut :
- Menyediakan dan menyeragamkan perkhidmatan komunikasi elektronik PENDAMAI.
- Menyelaras penggunaan perkhidmatan komunikasi elektronik.
- Menyelenggara infrastruktur perkakasan dan perisian yang berkaitan.
- Memberi khidmat sokongan teknikal berkaitan
- Mengintegrasikan perkhidmatan sistem komunikasi dengan sistem-sistem yang berkaitan
Unit Dokumen Elektronik
Peranan Unit ini adalah seperti berikut :
- Membangun dan menyeragamkan perkhidmatan sistem pengurusan dokumen elektronik.
- Menyelaras pembangunan dan penggunaan sistem pengurusan dokumen elektronik.
- Memberi khidmat sokongan teknikal berkaitan.
- Mengintegrasikan perkhidmatan sistem pengurusan dokumen elektronik dengan sistem-sistem yang berkaitan.
Unit Perkhidmatan Web & Hosting
Peranan Unit ini adalah seperti berikut :
- Memberi perkhidmatan perundingan dalam perkhidmatan web hosting, reka bentuk laman web & selenggaraan laman web
- Mengurus dan menyelenggara laman web PENDAMAI dan memastikan ia beroperasi 24 jam.
- Mengurus dan menyelenggara kandungan maklumat laman web PENDAMAI.
- Memberi khidmat sokongan teknikal yang berkaitan.
Jabatan Aplikasi dan Integrasi
Jabatan Aplikasi dan Integrasi Sistem bertanggungjawab menyelaras perancangan serta pengurusan semua sistem-sistem aplikasi yang diguna pakai PENDAMAI. Ini termasuk semua sistem-sistem utama PENDAMAI seperti HRIS, FAS serta sistem-sistem legacy yang sedia ada dan yang akan dibangunkan. Dengan gabungan semua sistem-sistem aplikasi di bawah satu Jabatan, IMS mengharapkan satu pangkalan data yang bersepadu dapat diwujudkan supaya semua sistem ICT PENDAMAI diintegrasikan sepenuhnya bagi mencapai visi dan misi PENDAMAI.
Terdapat tiga (5) Bahagian bawah Jabatan Aplikasi dan Integrasi Sistem :
- Bahagian FAS (Financial Accounting Integrated System)
- Bahagian HRIS (Human Resource Information System)
- Bahagian IMS (Integrated Member Information System)
- Bahagian Integrasi Sistem
Bahagian FAS
Peranan Bahagian ini adalah seperti berikut :
- Membangunkan satu sistem kewangan PENDAMAI yang menyeluruh dan bersepadu.
- Menyelenggara dan menambahbaik sistem yang sedia ada.
- Membangunkan modul-modul baru yang berkaitan dengan kewangan.
- Memberi khidmat sokongan teknikal berkaitan dengan sistem.
Bahagian HRIS
Peranan Bahagian ini adalah seperti berikut :
- Membangunkan satu sistem maklumat ALUMNI yang menyeluruh dan bersepadu.
- Menyelenggara dan menambahbaik sistem yang sedia ada.
- Menambahbaik dan membangunkan modul-modul baru yang berkaitan dengan ALUMNI.
- Memberi khidmat sokongan teknikal berkaitan dengan sistem
Bahagian IMS
Peranan Bahagian ini adalah seperti berikut :
- Membangunkan satu sistem maklumat member yang menyeluruh dan bersepadu
- Menyelenggara dan menambahbaik sistem yang sedia ada.
- Menambahbaik dan membangunkan modul-modul baru yang berkaitan dengan member.
- Memberi khidmat sokongan teknikal berkaitan dengan sistem
Bahagian Integrasi
Peranan Bahagian ini adalah seperti berikut:
- Menyelaras serta mengkaji semua sistem-sistem aplikasi yang sedang dan akan dibangunkan untuk PENDAMAI.
- Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang saling bergantung dalam usaha untuk mewujudkan integrasian sistem.
- Memastikan sistem-sistem ICT yang dibangunkan diintegrasikan dengan sistem-sistem yang sedia ada.
- Memberi khidmat sokongan teknikal berkaitan dengan sistem
3.Jabatan Infrastuktur dan Keselamatan ICT
Jabatan Infrastruktur & Keselamatan ICT bertanggungjawab memastikan agar semua urusan menyedia dan membekal perkhidmatan yang berasaskan kepada sistem ICT berjalan lancar dan berterusan tanpa gangguan yang boleh menjejaskan keselamatan. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk mengkaji serta menilai dasar berkaitan dengan isu keselamatan, serta mengkaji semula sistem pertahanan ICT sedia ada bagi mewujudkan sistem yang lebih mantap terhadap sebarang pencerobohan.
Terdapat dua 2) Bahagian dalam Jabatan Infrastruktur & Keselamatan ICT iaitu :
- Bahagian Rangkaian & Perkhidmatan Pelanggan
- Bahagian Keselamatan ICT
Peranan Bahagian Rangkaian Dan Perkhidmatan Pelanggan
- Menjamin perancangan penyediaan infrastruktur rangkaian yang lebih efektif dan sistematik.
- Mewujudkan persekitaran infrastruktur sistem rangkaian yang berkapasiti tinggi.
- Menambahbaik perkhidmatan sokongan teknikal yang lebih menyeluruh kepada pengguna.
Terdapat dua (2) Unit di bawah Bahagian Rangkaian dan Perkhidmatan Pelanggan seperti berikut :
- Unit Rangkaian
- Unit Sokongan Pengguna
Unit Rangkaian
Peranan Unit ini adalah seperti berikut :
- Merancang dan mereka bentuk infrastruktur rangkaian PENDAMAI
- Menyediakan infrastruktur rangkaian yang lengkap dan menyeluruh bagi memenuhi keperluan ALUMNI dan member.
- Menyeragamkan keperluan infrastruktur rangkaian
- Memantau dan menyelenggara LAN dan WAN
- Mengkaji dan menyelaras keperluan penggunaan sistem VoIP dan pemasangan sistem rangkaian tanpa wayar (wireless)
- Memberi khidmat sokongan teknikal berkaitan dengan rangkaian.
Unit Sokongan Pengguna
Peranan Unit ini adalah seperti berikut :
- Membangun dan menyelenggara Sistem Sokongan Pengguna (Helpdesk) IMS
- Membangun dan menyelenggara Sistem Inventori PC
- Melaksanakan selenggaraan berjadual
- Menyelaras kerja-kerja instalasi PC dengan sistem-sistem yang diperlukan.
- Memberi khidmat sokongan teknikal yang berkaitan
Peranan Bahagian Keselamatan ICT adalah seperti berikut :
- Menjamin semua aset ICT (kemudahan komputer, perisian, data, rangkaian dan peralatan) dilindungi daripada kehilangan, disalah guna, diseleweng dan terselamat daripada sebarang pencerobohan.
- Meminimumkan kerosakan ke atas aset ICT yang dikenalpasti.
- Mengurangkan kesan negatif ke atas maklumat seperti kecurian dan pengubahsuaian data.
- Menyeragamkan perkhidmatan dan penggunaan perisian PENDAMAI.
Terdapat tiga (3) Unit di bawah Bahagian Keselamatan ICT seperti berikut :
- Unit Pusat Data
- Unit Audit ICT
- Unit Pusat Data
Peranan Unit ini adalah seperti berikut :
- Menyediakan dan menyeragamkan perkhidmatan pelan pemulihan bencana bagi sistem aplikasi PENDAMAI.
- Menyelaras pengurusan Pusat Data dan Pusat pemulihan Bencana
- Menyelanggara Keselamatan perkakasan dan perisian PENDAMAI
- Menyelaras dan mengurus virus wall dan patches
- Mengintegrasikan penggunaan sistem-sistem perisian dengan sistem-sistem yang sedia ada.
- Memberi khidmat sokongan teknikal yang berkaitan.
Unit Audit ICT
Peranan Unit ini adalah seperti berikut :
- Menyelenggara Server – Server yang diguna pakai oleh PENDAMAI samada persendirian atau kerjasama penaja.
- Memastikan keselamatan Server-Server dari keterdedahan dan virus.
- Menjalankan kajian dan penetration test dari semasa ke semasa.
|