
Institutes
Institute of Business Studies
Institute of business studies (IBS) adalah agensi utama PENDAMAI bagi menggalakkan dan menyelaraskan pembangunan perniagaan ALUMNI. IBS membantu syarikat-syarikat ALUMNI dalam berdaya saing, di samping memudahkan pelaksanaan dan operasi projek-projek mereka. Perkhidmatan-perkhidmatan yang luas disediakan IBS termasuk membekalkan maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan serta membantu syarikat-syarikat ALUMNI mencari rakan-rakan usahasama.
ALUMNI yang telah mempunyai sebuah syarikat berdaftar digalakkan menyertai PENDAMAI Business Council, PBC kerana peluang-peluang terbuka dan usahasama banyak terbuka kepada ahli-ahlinya.
Fungsi IBS
- Untuk menggalakkan ALUMNI melibatkan diri dalam perniagaan.
- Untuk menjalankan perancangan bagi membuka peluang perniagaan kepada ALUMNI.
- Untuk mengesyorkan kepada pihak tertentu dan Industri dasar-dasar dan strategi-strategi mengenai penggalakan dan pembangunan perniagaan ALUMNI.
- Untuk memudahkan syarikat-syarikat ALUMNI dalam pelaksanaan projek-projek mereka, dan menawarkan bantuan melalui rundingan terus dan kerjasama dengan pihak-pihak berkuasa berkenaan.
- Untuk memudahkan pertukaran maklumat dan penyelerasan di antara institusi-institusi yang terlibat dalam atau berhubungkait dengan pembangunan ALUMNI.
Piagam Pelanggan
- Memastikan penyebaran maklumat yang cepat dan tepat
- Memantapkan hubungan awam yang harmoni
- Menyediakan khidmat runding cara profesional dalam pengurusan majlis rasmi korporat
Alamat Surat Menyurat
Institute of Business Studies
PENDAMAI Malaysia
Ground Floor, Bangunan Persekutuan
Petaling Jaya
46200 Selangor
|