|
|
|

Institutes
Institute of Career and Design
Institute of Career and Design, (ICD) adalah agensi utama PENDAMAI bagi menggalakkan dan menyelaraskan pembangunan kerjaya ALUMNI. ICD membantu ALUMNI dalam menyedikan peluang-peluang pekerjaan dalam sektor-sektor tertentu sebagai titik permulaan langkah baru membina kehidupan semula bermula dari alam kerjaya. Perkhidmatan-perkhidmatan yang luas disediakan ICD termasuk membekalkan maklumat mengenai peluang-peluang pekerjaan serta membantu ALUMNI memantapkan lagi sahsiah diri dalam bekerja.
ALUMNI digalakkan mendaftarkan diri melalui portal ALUMNI untuk membolehkan mereka memohon pekerjaan secara online.
fungsi
- Merancang, menyelaras dan mentadbir projek PENDAMAI – Industry Linkage (PILA).
- Memberi khidmat sokongan dalam memperluaskan kerjaya ALUMNI.
- Memberi kesedaran kepada ALUMNI untuk terlibat di dalam industri.
- Mengenal pasti syarikat di dalam industri yang berminat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan ALUMNI.
- Menyelenggara dan meneliti pergerakan ALUMNI dalam bekerja.
- Membantu PENDAMAI dalam menganjurkan perbahasan, seminar dan projek melibatkan ALUMNI dan industri.
Piagam Pelanggan
- Menyedia dan menyelaras infrastruktur kerjaya supaya peluang ALUMNI untuk bekerja lebih terbuka.
- Mempastikan ALUMNI mendapat tempat pergantungan selepas pulih dadah.
- Sentiasa produktif, cekap dan amanah kepada ALUMNI.
- Bersikap terbuka menerima cadangan dan teguran pengguna.
Alamat Surat Menyurat
Institute of Career and Design
PENDAMAI Malaysia
Ground Floor, Bangunan Persekutuan
Petaling Jaya
46200 Selangor
|