|
|
|

Offices
Corporate Communications and Public Relations
Department of communications and public relations (DCPR) ditubuhkan berperanan sebagai nadi imej korporat PENDAMAI. DCPR bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan media dan publisiti, menguruskan majlis-majlis rasmi korporat PENDAMAI, menyebarkan maklumat yang tepat dan mewujudkan rangkaian hubungan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan. DCPR memastikan cadangan dan usul mengenai dadah oleh PENDAMAI relevan dan sesuai diaplikasikan kepada masyarakat.
Objektif
- Memastikan segala maklumat dan penerangan tentang PENDAMAI dapat disebarkan dengan cepat, tepat dan berkesan dikalangan masyarakat dalaman dan luaran sebagai asas mewujud dan meningkatkan persefahaman diantara PENDAMAI dengan ahlinya dan masyarakat.
- Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan bimbingan dan runding cara kepada masyarakat khususnya golongan belia, ALUMNI berhubung kemajuan kerjaya dalam bidang-bidang teknikal, kerjaya profesional, pengurusan kemajuan bersepadu dan pengurusan penilaian sahsiah diri ke arah melahirkan ALUMNI cemerlang
- Memelihara dan mempertingkatkan imej cemerlang korporat
- Meningkatkan kefahaman kepada awam tentang fungsi PENDAMAI dalam pembangunan ALUMNI dan masyarakat
- Mempertingkatkan pencapaian ALUMNI dalam bidang perniagaan dan kerjaya
Fungsi Bahagian
Urusan Perhubungan Korporat
- Mengendalikan urusan perhubungan media dan publisiti
- Mengendalikan penerbitan korporat PENDAMAI
- Menguruskan majlis-majlis rasmi korporat PENDAMAI
- Menyebarkan maklumat yang tepat
Urusan Kerjaya
- Memberi khidmat bimbingan kerjaya, menyediakan bahan serta mengendalikan sudut kerjaya
- Menganjurkan seminar, kursus kerjaya dan pembangunan diri
- Menganjurkan ekspo, karnival dan pameran pencegahan, pemulihan dan bimbingan PENDAMAI
- Menganjurkan ceramah kerjaya dan banteras dadah PENDAMAI
Piagam Pelanggan
- Memastikan penyebaran maklumat yang cepat dan tepat
- Memantapkan hubungan awam yang harmoni
- Menyediakan khidmat runding cara profesional dalam pengurusan majlis rasmi korporat
Strategi
Menyebar luas aktiviti-aktiviti PENDAMAI melalui penerbitan, internet (laman web), media cetak dan media elektronik sesuai dengan era globalisasi dan teknologi maklumat.
Membantu ALUMNI dan masyarakat di seluruh negara melalui bimbingan kaunseling, pameran dan ceramah mengenai dadah. kerjaya dan peluang perniagaan.
Alamat Surat Menyurat
Corporate Communications and Public Relations Office
PENDAMAI Malaysia
Ground Floor, Bangunan Persekutuan
Petaling Jaya
46200 Selangor
|