HOME
MEMBERS
MANAGEMENT
> Institutes
> Department
> Offices
> Centres
RESEARCH
ACHIVEMENTS
PUBLICATIONS
SERVICES
COMMUNITY
BUSINESS
 


 Offices

Law Advisor Office

Pengenalan

  • Pejabat Penasihat Undang-Undang mula ditubuhkan pada tahun 2005 dan dikendalikan oleh Penasihat Undang-Undang PENDAMAI.
  • operasi berkaitan perundangan diuruskan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang dalam konteks membantu PENDAMAI dan ALUMNI mempertahankan hak, kebajikan dan perkara berkaitannya

Objektif

  • Menguruskan semua hal ehwal perundangan yang melibatkan PENDAMAI dengan ALUMNI, member dan pihak luar serta menyelaraskan semua tindakan mahkamah yang diambil oleh dan terhadap PENDAMAI dengan Peguam Panel PENDAMAI.  

Fungsi

Tugas-Tugas Khas

  • Menasihati Presiden dan Ahli Jawatan kuasa Tertinggi dalam hal-hal perundangan yang melibatkan PENDAMAI, pegawai-pegawainya, ALUMNI dan juga kursus-kursus.

MOU and MOA  

  • Menderaf Memorandum Perjanjian dan Persefahaman mengenai hal-hal korporat dan komersial.
  • Mengadakan rundingan dengan pihak luar negara, pejabat kerajaan, universiti tempatan dan luar negara dan sektor swasta mengenai terma-terma dan syarat-syarat Memorandum Perjanjian dan Persefahaman serta memelihara kepentingan PENDAMAI. 
  • Menyemak dan membuat laporan bertulis mengenai semua MOA, MOU dan Kontrak yang melibatkan PENDAMAI.

Litigasi Melibatkan PENDAMAI

  • Menyelidik serta menyedia pembelaan bagi pihak PENDAMAI untuk diserahkan ke  Mahkamah.
  • Berhubung dengan panel peguam PENDAMAI dalam hal-hal yang berkaitan dengan Mahkamah.
  • Berhubung dengan peguam plaintif apabila PENDAMAI didakwa.

Status PENDAMAI

  • Mencadang dan menderaf pindaan-pindaan terhadap undang-undang PENDAMAI termasuk dan memberi taklimat dan hujah mengenai perkara tersebut di hadapan Kementerian dan Pejabat Peguam Negara.
  • Menguruskan tindakan seperti mewartakan dan menguatkuasakan undang-undang PENDAMAI.
  • memperkukuh dan memasukkan pindaan-pindaan Akta yang terkini. Membantu menderaf undang-undang dalaman PENDAMAI (seperti Peraturan pentadbiran) dan menasihati mengenai interpretasi undang-undang ini.

Kementerian

  • Mewakili PENDAMAI di dalam perbincangan di peringkat Kementerian mengenai hal undang-undang yang membabitkan PENDAMAI.
  • Menderaf dan membela cadangan-cadangan PENDAMAI bagi pindaan yang dibuat kepada undang-undang PENDAMAI. 

Lembaga Pengarah

  • Menasihati Lembaga Pengarah mengenai kuasa dan fungsi di dalam hal-hal disiplin, surcaj atau semua hal yang memerlukan nasihat dari segi undang-undang

Disiplin Staf

  • Menasihati PENDAMAI dalam semua aspek disiplin staf termasuk perlantikan Jawatankuasa Disiplin, Jawatankuasa Penyiasatan, merangka dakwaan dan isu yang dibangkitkan dalam rayuan.
  • Bekerjasama dengan Penasihat Undang-Undang Dari konteks perundangan.

Piagam Pelanggan

  • Kami berjanji menunaikan amanah dalam menguruskan perkara etika PENDAMAI berdasarkan undang-undang, aturan dan peraturan yang berkaitan secara profesional dan mesra pelanggan.

Alamat Surat Menyurat

Law Advisor Office
PENDAMAI Malaysia
Ground Floor, Bangunan Persekutuan
Petaling Jaya
46200 Selangor

 

Copyright 2007 To PENDAMAI Malaysia
Mithril Technology
Ground Floor Bangunan Persekutuan Jalan Sultan, Petaling Jaya , 46200 Selangor. Malaysia
Tel : 603-7968 3327 Fax : 603- 7968 3329
Best View with 1024 x 768 Pixel