|
|
|

Member Admission
Member Admission merupakan satu rangkaian PENDAMAI Malaysia yang membolehkan sesiapa sahaja terdiri daripada warganegara Malaysia mendaftar diri sebagai ‘Sahabat PENDAMAI’. Perkataan member di setiap halaman web ini merujuk kepada ‘Sahabat PENDAMAI’ yang telah mendaftar diri melalui borang sahabat PENDAMAI. Terdapat beberapa keistimewaan sekiranya anda mendaftar sebagai ‘Sahabat PENDAMAI’ diantaranya ialah:
- Mengikuti kursus-kursus kepimpinan anjuran PENDAMAI Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, AADK dan kerjasamanya.
- Mengikuti seminar-seminar usahawan anjuran PENDAMAI Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, AADK dan kerjasamanya.
- Mengikuti bengkel-bengkel kemahiran, automotif, mahir dan separuh mahir anjuran PENDAMAI Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, AADK dan kerjasamanya.
- Menggunakan pelbagai kemudahan ALUMNI yang akan dipelbagai dari semasa ke semasa
Kenapa anda perlu menjadi sahabat PENDAMAI?
- Kepulihan kekal kami banyak bergantung pada sokongann moral anda.
- Dengan cara ini, kami yakin kami telah diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat.
- Mewujudkan kerjasama antara ahli PENDAMAI & sahabat PENDAMAI.
Sila dapatkan borang "Sahabat PENDAMAI" di Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan negeri/daerah atau di ibu pejabat PENDAMAI Malaysia.
|