
Administration
Pentadbiran PENDAMAI Malaysia menitikberatkan kerjasama semua lapisan kepimpinannya. Organisasi yang teratur membolehkan PENDAMAI bertindak sebagai persatuan yang aktif dalam merangka susun strategi dalam menyahut seruan kerajaan Malaysia kearah generasi bebas dadah pada tahun 2015.
Objektif Umum
Mengurus, memberi kemudahan dan melaksanakan semua urusan perkhidmatan dan pentadbiran institut dengan efisyen, sepadu dan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Mengenalpasti pelanggan dan kemahuan pelanggan menjadi keutamaan bahagian ini, tanpa mengabaikan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
Memperkenalkan konsep pelanggan dalaman kepada unit-unit di bawahnya dan bahan-bahagian lain untuk membantu pencapaian objektif ke tahap yang lebih sempurna.
Objektif Operasi
- Menguruskan rekod perkhidmatan untuk semua kakitangan.
- Menyediakan dan menguruskan pengesahan dalam perjawatan
- Mengurus dan menentukan keselamatan institut berada pada tahap yang memuaskan.
- Menguruskan pelawat-pelawat yang datang melawat institut.
- Menguruskan laporan tindakan tatatertib kakitangan.
- Menguruskan rekod cuti kakitangan.
- Menyediakan baucar-baucar bayaran sepanjang tahun.
- Menguruskan urusan pengambilan kakitangan baru dengan cekap dan berkesan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
- Menguruskan perlaksanaan kursus jangka pendek.
|