HOME
PENDAMAI
> About Us
> Administration
> AGM
> Learning Centres
> Location
> Search
> Contact Us
> News
MEMBERS
MANAGEMENT
RESEARCH
ACHIVEMENTS
PUBLICATIONS
SERVICES
COMMUNITY
BUSINESS
 


 AGM

TERAS KEPIMPINAN PENDAMAI

  • Berpegang teguh pada agama
  • Mempunyai daya kepimpinan
  • Bertanggungjawab
  • Bermoral

Jawatan

Syarat minima jagkamasa bebas dadah dalam komuniti masyarakat

Presiden

15 tahun

Timbalan dan Naib Presiden

10 tahun

Naib Presiden

10 tahun

Setiausaha Agung

7 tahun

Naib Setiausaha Agung 7 Tahun

Bendahari Agung

7 tahun

Ketua Penerangan

5 tahun

Ahli Jawatankuasa

5 tahun


PERINGATAN !

Semua jawatan yang tersebut diatas akan gugur serta merta sekira didapati diantara mereka terlibat semula dengan dadah, arak, atau bahan-bahan sampingan seumpamanya dan tidak boleh menjawat sebarang jawatan di dalam pentadbiran PENDAMAI samada di peringkat pusat dan negeri.

Perhimpunan tahunan PENDAMAI pada bulan Julai setiap tahun

Mesyuarat Agung dan pemilihan jawatankuasa PENDAMAI - 3 tahun sekali

  • Cara dan proses Mesyuarat Agung
  • Mesyuarat Agung hanya ada pada dua peringkat:

Peringkat Pertama

Mesyuarat Agung Negeri

Peringkat Kedua

Mesyuarat Agung Kebangsaan

Mesyuarat Agung Negeri

Cara dan Proses Mesyuarat Agung di peringkat negeri

  • Pengerusi Negeri wajib 5 tahun pulih dadah dalam komuniti masyarakat.
  • Pegawai dan jawatankuasa 3 tahun bebas dadah.
  • Jumlah jawatankuasa mengikuti jumlah daerah yang wujud dalam negeri berkaitan tidak termasuk 5 perlantikan AJK tambahan oleh Pengerusi Negeri.
  • Setiap pemilihan dan perlantikan wajib mendapat pengesahan dan persetujuan Pengarah AADK Negeri.
  • Mana-mana penjawat jawatan yang mahu menawarkan diri ke jawatan yang lebih tinggi wajib menjawat jawatan sedia ada selama minima dua penggal.

Cara-cara pencalonan

  • Muafakat dan perbincangan dalam pemilihan sebarang jawatan adalah digalakkan.
  • Sekiranya ada pencalonan di sebarang jawatan, nama pencalonan berkaitan hendaklah di hantar kepada PENDAMAI Pusat untuk dibuat pernilaian serta di bawa perbincangan dengan Pengarah AADK negeri bagi membuat keputusan. ( bersesuaian dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan ).
  • Perwakilan Negeri adalah terdiri daripada jawatankuasa sedia ada sahaja. Selain daripada mereka, dianggap sebagai pemerhati dan tidak boleh bersuara, memilih dan dipilih.

Memilih perwakilan ke Mesyuarat Agung Pusat

  • Perwakilan hanya boleh dicalon dikalangan jawatankuasa sedia ada sahaja.
  • Pengerusi Negeri diberi hak untuk melantik seorang perwakilan.

Selain mereka yang dipilih dan dilantik oleh pengerusi boleh hadir sebagai pemerhati


Mesyuarat Agung Kebangsaan

Cara dan proses Mesyuarat Agung di peringkat pusat

  • Majlis Tertinggi dan jawatan kuasa wajib pulih dadah seperti yang telah tercatit.
  • 14 Jawatankuasa yang dipilih tidak termasuk lima (5) yang dilantik oleh Presiden
  • Setiap pemilihan dan perlantikan wajib mendapat pengesahan dan persetujuan Ketua Pengarah AADK Malaysia.
  • Mana-mana penjawat jawatan yang mahu menawarkan diri ke jawatan yang lebih tinggi wajib menjawat jawatan sedia ada selama minima tiga penggal.

Cara-cara pencalonan

  • Muafakat dan perbincangan dalam pemilihan sebarang jawatan adalah digalakkan
  • Sekiranya ada pencalonan di sebarang jawatan, nama pencalonan berkaitan hendaklah di hantar kepada Ketua Pengarah AADK Malaysia yang akan berbincang dengan Majlis Tertinggi PENDAMAI Malaysia bagi membuat keputusan ( bersesuaian dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan ).
  • Perwakilan adalah terdiri daripada mereka yang telah dihantar namanya seramai 5 orang dari perhubungan PENDAMAI Negeri-Negeri.

Perwakilan tambahan

Majlis tertinggi dan ahli jawatan kuasa PENDAMAI Pusat

  • 5 orang perwakilan dari biro wanita PENDAMAI Malaysia
  • 5 orang perwakilan dari biro belia PENDAMAI Malaysia
  • 5 orang perwakilan dari Biro HIV
  • Pengerusi Tetap PENDAMAI Malaysia

Penubuhan Unit PENDAMAI juga disebut ALUMNI atau PRS Daerah-Daerah

  • Tidak ada Mesyuarat Agung dan tidak wajib wujud jawatankuasa sempurna.
  • Penubuhan unit daerah boleh ditubuhkan bermula hanya dengan 4 orang dan tidak melebihi 10 orang
  • Perlantikan Pengerusi Unit Daerah harus datang dan dipersetujui oleh Pengarah AADK Negeri dan Pegawai AADK Daerah dan pengerusi perhubungan PENDAMAI Negeri.
  • Pengerusi Unit Daerah wajib tiga tahun bebas dadah
  • Ahli jawatankuasa wajib 2 tahun bebas dadah
  • Setiap mesyuarat atau perbincangan jawatankuasa wajib dalam pengetahuan Pegawai AADK Daerah

Unit PENDAMAI juga disebut ALUMNI atau PRS kampung-kampung atau taman-taman

  • Tidak ada Mesyuarat Agung dan tidak wajib wujud jawatankuasa sempurna.
  • Penubuhan Unit Daerah boleh ditubuhkan bermula hanya dengan 2 orang
  • Perlantikan Pengerusi Unit Daerah mesti di dalam makluman dan dipersetujui oleh Pegawai AADK Daerah dan Pengerusi Perhubungan PENDAMAI Negeri.
  • Unit ini dikenali dengan nama Kelompok Sokong Bantu .
  • Kelompok Sokong Bantu inilah matlamat perjuangan PENDAMAI Malaysia.
Copyright 2007 To PENDAMAI Malaysia
Mithril Technology
Ground Floor Bangunan Persekutuan Jalan Sultan, Petaling Jaya , 46200 Selangor. Malaysia
Tel : 603-7968 3327 Fax : 603- 7968 3329
Best View with 1024 x 768 Pixel