HOME
PENDAMAI
> About Us
> Administration
> AGM
> Learning Centres
> Location
> Search
> Contact Us
> News
MEMBERS
MANAGEMENT
RESEARCH
ACHIVEMENTS
PUBLICATIONS
SERVICES
COMMUNITY
BUSINESS
 


 Learning Centres - Keratan Akhbar 3

Berita Harian - 22 Januari 2006

 Iktiar Bekas Penagih

Penghuni Kampung Ikhtiar Mendirikan solat berjemaah setiap kali masuk waktu

Sebelum ini hidup mereka bagaikan penghuni lorong gelap yang menakutkan. Tetapi dengan keinsafan dan pilihan, kini suria kehidupan kembali menerangi laluan suram. Suasana ini tidak merubah mereka untuk menoleh ke belakang selain melupakan liku dan kesilapan yang mejijikan.

“Inilah kampong baru yang menjanjikan kedaimain. Di sinilah kami membina semula keyakinan diri”, kata sekumpulan hamper 50 bekas penagih dadah yang menetap di Kampung Ikhtiar, Banting, Selangor.

Perkampunagn bekas penagih dadah akan membeyangkan penempatan seperti pusat pemulihan dengan penghuninya berpakaian seragam untuk mematuhi setiap peraturan.

Namun, perkampungan Iktiar itu tidak sebegitu, malah kehidupan mereka seperti insan biasa dengan bebas bergaul masyarakat berhampiran.

Perkampungan di Ladang East, milik Golden Hope Plantation itu mempunyai 12 rumah, termasuk surau, pejabat pentadbiran dilengkapi pelbagai kemudahan.

Melaui jalan tanah merah yang di penuhi kelapa sawit di kiri dan kanan jalan menjadikan perjalanan kira-kira 80 kilometer agak merimaskan.

Tetapi sebaik meninjau persekitaran teratur dengan landskap tersendiri bagi setiap rumah yang dijaga rapi, menimbulkan rasa damai sebaik tiba di situ.

Di situlah, penghuni yang pernah terbabit dengan najis dadah, mengikuti terapi serta kembali menyususn kehidupan sesudah dibuang masyarakat.

Pengasas Program Iktiar, Mohd Heffney Abd Rahim, 53, berkata ilham menubuhkan perkampungan bekas penagih dadah adalah bagi membantu membimbing rakan dan penagih yang keluar dari Pusat Serenti atau pusat pemulihan swasta.

Beliau berkata, perkampungan itu adalah program perintis yang diusahakan oleh sekumpulan bekas penagih dadah melalui Persatuan Alumni Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) atau PENDAMAI dengan kerjasama Golden Hope Plantation Berhad.

“Objektif program ini ialah merancang, menyusun dan melaksanakan aktiviti positif bagi memulihkan imej yang tercemar selain membina semula keyakinan diri yang hilang.

Penghuni juga diajar dalam penyusunan kehidupan harian mereka berasaskan cara kehidupan biasa”, katanya.

Rumah penghuni dihiasi lanskap menarik, menyejukkan mata memandang

 

 Semangat Kekeluargaan Terapi Pemulihan

Penghuni Kampung Ikhtiar Mendirikan solat berjemaah setiap kali masuk waktu

“Penghuni berpeluang mengubah diri dengan kemampuan berdikari dan diberi kepercayaan bergaul dengan masyarakat luar selain pemulihan kerohanian yang menerapkan agama sebagai teras terapi pemulihan.

“Beberapa kaedah terapi perlu diikuti oleh bekas penagih ini iaitu penggunaan terapi kerja yang mana mereka diberi peluang bekerja untuk mendapatkan kemahiran dan pengalaman selain mencari sumber kewangan untuk menyara kehidupan mereka.

“Kita juga menggunakan terapi keluarga dengan memupuk semangat kekeluargaan dan saling membantu. Mereka perlu berkerjasama sebagai sebuah keluarga”, kata Mohd Heffney yang juga presiden PENDAMAI Malaysia.

Di situlah mereka tidak tertekan dan tiada persaingan. Penghuni belajag memperbaiki hubungan dengan Tuhan dan manusia menerusi solat jemaah dan mempelajari ilmu agama di samping membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

“Mereka perlu belajar bertanggungjawab pada diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan keluarga atau orang lain. Mereka perlu menguruskan diri terutamanya menjaga kebersihan diri dan rumah”, katanya.

Beliau berkata, penghuni tidak boleh hidup dalam persaingan yang kan menyebabkan timbul tekanan dan akhirnya kembali kepada dadah semula. Oleh itu, mereka dibenarkan melakukan apa sahaja yang diingini asalkan tidak melanggar peraturan yang ditetapkan.

“Saya tidak memberi jaminan penghuni tidak mengambil dadah semula tetapi program ini lebih kepada ketahanan diri dan bersikap jujur. Selain itu, pemantauan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan mereka benar-benar berubah”, katanya.

Beliau berharap lebih banyak syarikat perladangan di seluruh Negara tampil seperti Golden Hope yang dapat membantu penagih memulakan hidup baru.

[ Keratan Akhbar 1 / Keratan Akhbar 2 / Keratan Akhbar 3 ]


     
Copyright 2007 To PENDAMAI Malaysia
Mithril Technology
Ground Floor Bangunan Persekutuan Jalan Sultan, Petaling Jaya , 46200 Selangor. Malaysia
Tel : 603-7968 3327 Fax : 603- 7968 3329
Best View with 1024 x 768 Pixel