\
HOME
MEMBERS
MANAGEMENT
RESEARCH
ACHIVEMENTS
PUBLICATIONS
> Secetariat Desk
> Drugs Buletin
> CIP Module
SERVICES
COMMUNITY
BUSINESS
 


 Drugs Buletin

STATISTIK PENAGIH

Sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun 2007, seramai 14,489 orang penagih dadah telah dikesan yang menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 36.48% berbanding tahun 2006(22,811 orang).

Taburan penagih-penagih yang dikesan menunjukkan;Pulau Pinang mencatatkan bilangan penagih paling ramai dikesan berbanding negeri-negeri lain iaitu seramai 3,433 orang diikuti , Johor (2,004), WP Kuala Lumpur(1,756) dan Kedah(1,604).

Berbanding dengan tahun 2006 bilangan penagih yang dikesan menurun bagi semua negeri kecuali Negeri Sembilan. Jadual1 menunjukan bilangan penagih yang dikesan pada tahun 2006 dan 2007

PENGUATKUASAAN

Tangkapan : Pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah menangkap seramai 54,235 orang pesalah dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)1985. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 17.74% pada tahun 2007 jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu 2006

Sementara itu, dalam tempoh tersebut juga pihak PDRM terus menjalankan Ops Tapis. Bilangan tangkapan penagih dalam Ops Tapis meningkat sebanyak 9.60% berbanding tahun 2006 iaitu daripada 144,550 kepada 158,426 orang

Rampasan :Dalam tahun 2007, tiga agensi penguatkuasa iaitu PDRM, Kastam dan Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah, iaitu heroin(243.25kg), ganja(1,482.56kg), candu(3.35kg), syabu(69.23kg), kodein(9,630.83liter), ecstasy(151,221biji), pil psikotropik(455,407biji), katemin(267.90kg), kokain(10.12kg), Eramin 5(172,965biji), ketum(4,310.04kg) dan pili yaba(121,629biji).

Berbanding dengan rampasan tahun 2006, didapati kuantiti rampasan bagi lapan jenis dadah iaitu heroin,syabu,pil ecstasy, pil psikotropik, eramin 5, kodeine, katemine dan ketum meningkat

Jadual 1: Taburan Penagih Yang dikesan Mengikut Negeri,

Bagi Jan - Jun Tahun 2006 & 2007

Negeri
2006
2007
Negeri
2006
2007
Bil Purata Sebulan Bil Purata Sebulan
P.Pinang
5127 3433
286
Pahang
768
378
32
Johor
2329
2004
167
Melaka
619
313
26
WP KL
2017
1756
146
Sabah
846
217
18
Kedah
2634
1604
134
Sarawak
712
184
15
Selangor
1836
1409
117
Perlis
289
147
12
Perak
2545
1194
100
Terengganu
202
127
11
Kelantan
2243
884
74
WP Putrajaya
0
7
1
N.Sembilan
624
826
69
WP Labuan
20
6
1
JUMLAH
22811
14489
1207



















Jadual 2: Bilangan Penagih Mengikut Jenis Dadah Yang Digunakan

Pada Tahun 2007

Status Kes

Heroin &Morfin

Candu
Ganja
Gam
Esctasy
Syabu
Lain-Lain
Kodein
Jumlah
Baru
2769
10
2430
3
131
928
351
57
6679
Berulang
6295
4
955
0
51
307
164
34
7810
Jumlah
9064
14
3385
3
182
1235
515
91
14489
Peratus
62.56%
0.10%
23.36%
0.02%
1.26%
8.52%
3.55%
0.63%
100.00%

Nota :*Bilangan penagih Pil Psikotropik 422 orang, Amphetamine 73 orang

Jadual 3: Perbandingan Kuantiti Rampasan Dadah, Jan-Dis 2007 & 2006

Tahun
Heroin
(kg)
Candu
(kg)
Ganja
(kg)
Syabu
(kg)
Ecstasy
(biji)
Pil Psikotrapik
(biji)
Katemine
(Kg)
Kodein
(liter)
2007
243.25
3.35
10.12
167.55
455407
172,965
267.60
137,958.05
2006
151.53
0.51
2.12
9.99
65,840
63,893
189.02
5,756.38








Nota: * Jenis-jenis pil psikotropik adalah seperti Roche, Up John, Erimin 5, Valium dsb

PROFIL PENAGIH

Profil penagih-penagih yang dikesan bagi tempoh ini adalah seperti berikut:

* 97.60% lelaki

* 72.62% Melayu

* 70.00% terdiri daripada golongan belia dan majoriti adalah berumur antara 19-24 tahun

* 79.17% berpendidikan hingga sekolah menengah (sekurang-kurangnya tamat tingkatan 3)

* 92.03% mempunyai pekerjaan (majoritinya buruh am)

*62.56% merupakan penagih heroin/morfin, manakala penagih ATS( 10.28%)

*55.65% mengakui mula terjebak dengan dadah disebabkan oleh pengaruh kawan

RAWATAN DAN PEMULIHAN

Penghuni di pusat serenti: bilangan penagih yang sedang menerima rawatan/pemulihan di 28 buah Pusat Serenti di seluruh negara (pada 24-31 Disember ) adalah seramai 7135 orang.Taburan penghuni mengikut jantina dan bangsa adalah seperti berikut:

*97.65% penghuni lelaki (6967 orang)

* 70.24% berketurunan Melayu (4921 orang)

* 2.17% berketurunan Cina (155 orang)

Berpenyakit
Terdapat seramai 612 orang (8.57%) penghuni yang dikenalpasti pembawa virus HIV, manakala 102 orang (1.51%) lagi menghidapi pelbagai jenis penyakit kronik seperti tibi, asma, hepatitis, jantung, kencing manis dan 91orang (1.27%) berpenyakit mental

Pencegahan

Sepanjang tahun 2007 sebanyak 15,578 aktiviti-aktiviti pencegahan telah dilaksanakan diseluruh negara. Ia merangkumi program pendidikan pencegahan dadah disekolah rendah/menengah dan IPT, golongan belia, tempat kerja dan komuniti. Seramai 1,990,203 orang telah diberi penerangan berkaitan dengan dadah. Aktiviti-aktiviti juga melibatkan rakyat dari segenap golongan

 

 

Copyright 2007 To PENDAMAI Malaysia
Mithril Technology
Ground Floor Bangunan Persekutuan Jalan Sultan, Petaling Jaya , 46200 Selangor. Malaysia
Tel : 603-7968 3327 Fax : 603- 7968 3329
Best View with 1024 x 768 Pixel