Saudara Razlan adalah orang di sebalik tabir dalam banyak kejayaan PENDAMAI. Beliau seorang perancang dalam merangka banyak aktiviti dan program-program bagi membimbing dan melatih untuk melahirkan bekas-bekas penagih yang berjaya. Beliau boleh dianggap pakar untuk mengendali (Seminar/ Bengkel) yang berkaitan dengan Relap Prevention.
Dalam kehidupan dan kerjaya, beliau adalah seorang pegawai yang mengendali lebih daripada 7,000 pekerja dalam sebuah syarikat terkemuka di Selatan tanah air.
Dalam kesibukan kerja serta menjadi suami dan ayah kepada sebuah keluarga yang bahagia, beliau masih mampu memberi masa kepada satu perjuangan yang suci bersama PENDAMAI.
Sepatah kata Sdr.Presiden ‘Razlan adalah nadi dalam perjuangan PENDAMAI’.
|