|
|
|

CIP Module
Carey Island Ikhtiar Programme (CIP)
Pengenalan
IKHTIAR PULAU CAREY bukanlah satu program tetapi ia adalah satu usaha menyusun semula kehidupan bekas-bekas penagih setelah sekian lama terlibat dalam alam penagihan. Hampir semua penagih telah hilang satu kehidupan normal ( lahirlah budaya-budaya penagihan hingga ia menjadi kekal angkara tabiat secara berterusan ) dan bila mula meninggalkan alam penagihan, akan menjadi sukar untuk menghilangkan tabiat dan budaya penagihan secara mengejut. Maka untuk menukar budaya penagihan inilah maka budaya kehidupan normal harus diterapkan dalam perjalanan kehidupan bekas penagih ini secara teratur dan berdisiplin. Inilah kaedah yang diguna pakai dalam modul Program Ikhtiar Pulau Carey iaitu menggunakan sistem kehidupan normal untuk menggantikan sistem budaya penagih. Sistem ini harus diterapkan dalam kehidupan mereka tanpa dirasai ini sebagai satu program yang berjadual. Asas kekuatan program ini ialah kejujuran bekas penagih tersebut. Penganjur hanya menyediakan persekitaran yang selamat dan mempunyai peraturan-peraturan asas sebagai panduan;
- Perbetul dan perbaiki hubungan peserta dengan tuhan
(sekira betul hubungan dia dengan tuhan perkara yang lain akan menjadi senang dan mudah)
- Menyesuaikan diri dengan persekitaran
(dia tidak boleh ubah apa yang ada disekitarnya tetapi apa yang dia boleh ubah dan dikawal ialah dirinya)
- Dia dengan dirinya
(wajib mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri dan bertindak bersesuaian dengan keupayaan dan kekuatan kepulihan diri)
Seperkara penting yang harus peserta pelajari iaitu;
- Belajar mengawal perasaan (emosional) seperti marah, merajuk, terasa hati dan seumpamanya.
- Belajar menguruskan masa dengan betul (waktu kerja / solat / tidur dan seumpanya)
- Belajar menguruskan harta (pegang wang tunai dalam kemampuan pemulihan / merancang perbelanjaan / simpanan)
- Sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat (jauhi tempat berisiko / kawan yang betul)
|