HOME
MEMBERS
MANAGEMENT
RESEARCH
> R & D
> Policy & Tolerance
ACHIVEMENTS
PUBLICATIONS
SERVICES
COMMUNITY
BUSINESS
 


  AKTA & UNDANG - UNDANG DADAH
  AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya

SEKSYEN
KUASA-KUASA / SIASATAN / TAHANAN
3

Kuasa menahan orang yand disyaki.

  1. Mana-mana Pegawai Polis boleh menangkap tanpa waran, menahan, bertujuan penyiasatan di bawah subseksyen (1) sek 6.
  2. Penahan dalam jagaan Polis selama sesuatu tempoh tidak melebihi 60 hari dibawah subseksyen (1) & 6.
    Dengan syarat :
    • Tidak boleh ditahan selama 24 jam seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor atau lebih tinggi.
    • Tidak boleh ditahan selama 48 jam kecuali dengan kebenaran seorang Pegawai Polis berpangkat ASP atau lebih tinggi
    • Tidak boelh ditahan selama 14 hari kecuali dengan kebenaran seorang Pegawai Polis yang berpangkat DSP atau lebih tinggi dan telah melaporkan hal ini kepada Ketua Polis Negara dan Menteri
  3. Laporan lengkap penyiasatan itu hendaklah di kemukakan :
    • Kepada seorang Pegawai Jabatan yang dilantik dibawah subseksyen (1) sek 5.
    • Kepada Menteri
4

Pemeriksaan orang-orang yang mengetahui fakta dan keadaan kes

  • Seorang Pegawai Polis yang membuat penyiasatan boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang mengetahui fakta-fakta kes
  • Orang itu terikat supaya menjawab semua soalan berhubung dengan kes
  • Orang itu adalah terikat disisi undang-undang supaya menyatakan yang sebenarnya
  • Pegawai Polis tersebut yang memeriksa seseorang itu dibawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) & (3)

Penyiasatan yang dibuat dibawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai tarikh, masa dan ditandatangani orang tersebut. Selepas penyiasatan itu dibacakan kepadanya dan diberi peluang untuk pembetulan

5

Pegawai Siasatan

  1. Pegawai Siasatan dilantik oleh Menteri
  2. Pegawai Siasatan boleh, mengikut budi bicara
    • Menghendaki seseorang yang ditahan dibawah sek 3 hadir di hadapannya
    • Mendapat dan menerima semua keterangan, sama ada keterangan itu diterima atau tidak
    • Memanggil dan memeriksa saksi-saksi
    • Menghendaki supaya dikemukakan apa-apa dokumen
  3. Seorang Pegawai Siasatan hendaklah mengemukakan laporan secara bertulis kepada Menteri
6

Kuasa memerintah Tahanan dan Sekatan

  1. Jika Menteri berpuas hati,
    • Laporan lengkap yand dikemukakan dibawah subseksyen (3) sek 3
    • Laporan Pegawai Siasatan yand dikemukakan subseksyen (4) sek 5,
      Menteri berpuas hati yang melibatkan pengedaran dadah merbahaya seseorang itu dikenakan 'Perintah Tahanan' ditahan selama tempoh tidak lebih 2 tahun.
  2. Menteri boleh membuat 'Perintah Sekatan'
    • Pengawasan Polis tidak lebih dari 2 tahun
    • Tinggal dimana-mana kawasan dibawah perintah sekatan
    • Tidak boleh menukar kediamannya tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Pegawai Polis
    • Tidak boleh meninggal kawasan tanpa kebenaran bertulis dari Pegawai Polis
    • Dia hendaklah sentiasa memasti Pegawai Polis mengetahui tempat kediamannya
    • Dia hendaklah melapur diri di Balai Polis yang berhampiran
    • Dia dikehendaki berada didalam rumah diwaktu-waktu yand dinyatakan didalam perintah sekatan itu
    • Dia tidak boleh memasuki mana-mana kawasan yang dinyatakan didalam perintah sekatan
    • Dia hendaklah menjaga keamanan dan berkelakuan baik
7

Penggangtungan Perintah-perintah Tahanan

  1. Menteri boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya kuatkuasa mana-mana perintah tahanan digantung tertakluk kepada semua atau mana-mana daripada sekatan dan syarat yand dia diberi kuasa oleh subseksyen (3) sek 6 mengenakan melalui suatu perintah tahanan, dan tertakluk, jika Menteri mengarahkan sedemikian, kepada kehendak bahawa orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dibuat hendaklah mengikat suatu bon sebagaimana yand diperuntukkan dalam subseksyen (4) sek 6
  2. Jika sesuatu perintah tahanan digantung sebagaimana yang tersebut dahulu, subseksyen (6) sek 6 hendaklah berkuatkuasa seolah-olah sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang atasnya perintah tahanan itu digantung adalah sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh suatu perintah sekatan.
  3. Menteri boleh membatalkan penggantungan mana-mana perintah tahanan jika dia berpuas hati bahawa orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dibuat telah tidak mematuhi apa-apa sekatan atau syarat yang dikenakan keatasnya atau bahawa penggantungan tiu perlu dibatalkan demi kepentingan ketenteraman awam dan dalam mana-mana hal sedemikian pembatalan demi kepentingan ketenteraman awam dan dalam mana-mana hal sedemikian pembatalan penggantungan itu hendaklah memberikan kuasa yang mencukupi kepada mana-man Pengawai Polis menangkap semula tanpa waran orang yang terhadapnya. Perintah tahanan itu dibuat, dan orang itu hendaklah dikembalikan dengan seberapa segera yang pratik ke tempat tahanannya yang dahulu atau, jika diarahkan oleh Menteri dihantar suatu tempat tahanan yang lain
  4. Penggantugan mana-mana perintah tahanan sebagaimana yang tersebut dahulu, hendaklah tertakluk kepada subseksyen (6) sek 6 sebagaimana yang terpakai melalui subseksyen (2) dan tertakluk juga kepada subseksyen (3), terus berkuatkuasa bagi bhagian yang belum tamat tempoh perintah tahanan yang dinyatakan dibawah subseksyen (1) sek 6 atau sibawah subseksyen 11A
9

Representasi-representasi Terhadap Perintah Tahanan

  1. Satu salinan setiap perintah yang dibuat oleh Menteri dibawah subseksyen (1) sek 6 hendaklah disampaikann kepada orang yang kepadanya perintah itu berkaitan dengan seberapa segera yang boleh dilepas perintah itu dibuat, dan setiap orang yang sedemikian hendaklah berhak membuat representasi-representasi kepada suatu Lembaga Penasihat
  2. Bagi maksud membolehkan seseorang membuat representasi-representasi dibawah subseksyen (1) dia hendaklah, pada masa disampaikan kepadanya perintah itu:-
    • Diberitahu haknya menbuat representasi-representasi kepada suatu Lembaga Penasihat d di bawah subseksyen (1); dan
    • Diberi oleh Menteri suatu penyataan bertulis:-
      • Mengenai alasan-alasan yang atasnya perintah itu dibuat
      • Mengenai pengataan-pengataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan; dan
      • Mengenai butir-butir lain, jika ada, yang pada pendapat Menteri mungkin diperlukan dengan munasabahnya oleh orang itu untuk membuat representasi-representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat
  3. Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah-kaedah mengenai cara bagaimana representasi-representasi boleh dibuat dan bagi mengawalselia prosedur Lembaga Penasihat

[ Kembali ]

 

Copyright 2007 To PENDAMAI Malaysia
Mithril Technology
Ground Floor Bangunan Persekutuan Jalan Sultan, Petaling Jaya , 46200 Selangor. Malaysia
Tel : 603-7968 3327 Fax : 603- 7968 3329
Best View with 1024 x 768 Pixel