HOME
MEMBERS
MANAGEMENT
RESEARCH
> R & D
> Policy & Tolerance
ACHIVEMENTS
PUBLICATIONS
SERVICES
COMMUNITY
BUSINESS
 


  AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTAN HARTA) 1988

Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952

SEKSYEN
KESALAHAN / JENIS DADAH HUKUMAN
2
Seksyen 2 Akta ini telah memberi erti "harta yang menyalahi undang-undang" kepada 7 bahagian yang mana harta ini diperolehi memalui aktiviti pengedaran ini termasuklah saham, wang simpanan, rumah, tanah, kenderaan, perniagaan dan lain-lain harta alih atau tak alih  
3
Penggunaan harta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang menjadi satu keselahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 atau mana-mana undang-undang asing yang bersamaan dengan Akta ini sama ada telah dilakukan atau sedang dijalankan Penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun.
4
Mana-mana orang yang berurusniaga, mengguna, memegang, menerima atau menyembunyi mana-mana harta yang dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa harta itu ialah harta menyalahi undang-undang Penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun
21 (1)

Kuasa-kuasa khas mengenai penyiasatan

  • Semak Akaun

    Memalui perintah secara bertulis membenarkan mana-mana Pegawai Kanan Polis yang dinamakan dalam Perintah itu untuk menjalankan penyiasatan

 
24 (7)
Melanggar larangan perintah mahkamah yang telah diwartakan atau menyembunyi atau memusnah dan mengubah apa-apa benda atau harta yang terjejas oleh perintah itu atau mengeluarkan harta yang terjejas dari Malaysia Denda tidak lebih dari RM 500,000.00
25 (1)

Penyitaan Harta Alih

Harta alih yang semunasabahnya disyaki oleh seorang Pegawai Kanan Polis dalam hal perkara satu kesalahan di bawah Akta ini atau yang telah digunakn unuk melakukan kesalahan itu harta-harta yang menyalahi undang-undang, bolehlah disita.

 
26 (4)

Peruntukan Lanjut Berhubung Dengan Penyitaan Harta Alih

  • Sita Akaun

Penyitaan dilaksanakan oleh Pegawai Kanan Polis dengan menyampaikan satu perintah kepada orang itu melarang menggunakan meminda milik atau mengurusniagakna harta itu serta menyerahkan harta kepada Pegawai Kanan Polis mengikut masa yang dinyatakan dalam perintah itu

 
27 (1)

Peruntukan Khas Yang Berhubung Dengan Penyitaan Sesuatu Perniagaan

Jika semunasabahnya disyaki oleh seorang Pegawai Kanan Polis yang ditetapkan (Superintenden) bahawa apa-apa perniagaan sedang dijalankan oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang terhadap pendakwaan kerana suatu kesalahan dibawah seksyen 3, seksyen 4 atau seksyen 24 97) akta ini atau suatu perniagaan yang didalamnya orang itu, atau saudaranya atau sekutunya mempunyai kepentingan yang berjumlah atau memberikan hak terhadap tidak kurang 30% daripada kesemua perniagaan itu, maka Pegawai Kanan Polis yang ditetapkan itu boleh melakukan mana-mana atau perkara berikut :

Melalui Perintah Bertulis

  • Mengarahkan takat dan cara perniagaan itu boleh dijalankan
  • Mengarahkan atau mengawal perniagaan itu atau mana-mana bahagian yang dinyatakan
  • Mengarahkan segala atau mana-mana bahagian hasil atau keuntungan perniagaan dibayar kepada Pemegang Amanah Raya untuk dipegang simpan sementara menanti arahan selanjutnya
  • Mengarah atau melarang Pegawai atau pekerja daripada terlibat dengan apa jua cara dalam perniagaan
  • Mengarahkan supaya premis tempat perniagaan itu dijalankan ditutup dan, jika perlu atau suaimanfaat, diletakkan di bawah kawalan atau jagaan
 
28 (1)

Penyitaan Harta Alih

Seorang Pegawai Polis yang berpangkat Asisten Superintenden Polis atau lebih tinggi semunasabahnya mengesaki bahawa mana-mana harta tak alih ialah satu kesalahan dibawah Akta itu atau ialah harta yang menyalahi undang-undang, maka harta itu boleh disita

 

[ Kembali ]

 

Copyright 2007 To PENDAMAI Malaysia
Mithril Technology
Ground Floor Bangunan Persekutuan Jalan Sultan, Petaling Jaya , 46200 Selangor. Malaysia
Tel : 603-7968 3327 Fax : 603- 7968 3329
Best View with 1024 x 768 Pixel